Sejarah Sekolah


SMK Seri Samudera mula ditubuhkan pada tahun 2001. Nama asal sekolah ini ialah SMK Pundut. Sesi persekolah pertamanya bermula pada 3 Januari 2001 dengan menumpang bangunan SMK Seri Manjung di sesi petang. Ketika itu hanya ada 4 kelas iaitu 2 kelas tingkatan 1 dan 2 kelas tingkatan 2. Bilangan pelajarnya seramai 140 orang. Guru-gurunya pula terdiri daripada seorang caretaker dan 10 orang guru. Untuk pengurusan sekolah hanya disediakan  2 orang kakitangan pejabat.

SMK Pundut telah didaftarkan  pada 16 Mac 2001.

Pada 16 Julai 2001, SMK Pundut telah berpindah ke bangunan  sebenarnya di kawasan Manjung Raya dan beroperasi sepenuhnya.

Pada tahun 2002, telah dilancarkan Program Kadet Remaja Satu Sekolah. Hanya terdapat satu unit uniform sahaja di sekolah ini iaitu KRS.  Pada tahun 2011 program ini  ditamatkan. 

Sekolah ini mula mencipta nama di peringkat negeri apabila Pasukan Gendang Silat Sekolah muncul sebagai Juara pada tahun 2002. Pada tahun 2003 hingga 2007, Pasukan Gendang Silat Sekolah ini telah muncul sebagai Johan Kebangsaan bagi Kategori Muzik Silat. 

SMK Seri Samudera mempunyai sebuah Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang dipilih mewakili negeri Perak dalam pertandingan Bilik Sumber PPDa Kebangsaan pada 2008 dan 2009.


Berikut adalah senarai nama guru terawal :

Encik Salleh b Hashim (caretaker sekolah kemudiannya dilantik menjadi Guru Kanan Pentadbiran)

Tuan Haji Abu Bakar b Abdullah

Tuan Haji Abdul Rauf b Mujar

Encik Mohd Azlan bin Mohd Amin

Encik Shofiyan b Shafii

Puan Hajjah Noor Azizan bt Abdul Samad

Puan Hajjah Ainun bt Adnan

Puan Raja Rohani

Puan Hajjah Nor Masiha bt Abdul Rahman

Cik Julyana a/p Anthonysamy

Puan Khamsiah bt Osman

Sekolah ini telah bertukar nama kepada SMK Seri Samudera pada bulan Jun 2003.

Senarai nama Pengetua SMK Seri Samudera

1. Encik Adli b Toh Keejo. ( 2001 – 2007 ).




2. Puan Hajjah Rosidah bt. Abdul Shukor. ( 2007 – 2012)




3. Puan Hajjah Khairizah bt. Hassan ( Oktober 2012 hingga Mei 2015 )




4. Puan Sabarina binti Jamaluddin (2015 hingga sekarang)

Lencana SMKSS adalah ciptaan Encik Shofiyan b Shafii setelah membuat perbincangan bersama Encik Adli b Toh Keejo dan Encik Salleh b Hashim.

Cogankata SMKSS juga adalah idea bersama Encik Shofiyan b Shafii dan Encik Salleh b Hashim.

Warna rasmi sekolah ini adalah warna kuning. Ia menjadi warna latar baju T sekolah.